Sunday, November 20, 2011

PENGURUSAN PLATUN

Kadang kala kita terlupa tentang pengurusan dan pentadbiran platun dalam KRS. Sedangkan KRS mengamalkan konsep "divide and rules". Setiap kumpulan pelajar dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil yang bermula dengan seksyen, platun, kompeni dan sebagainya. Konsep ini amat berkesan untuk memudahkan pentadbiran. Dalam konteks pasukan keselamatan terutama tentera dan pasukan gerakan am, konsep ini diamalkan sepenuhnya.Dengan menggunakan setiap perjawatan PTT (pegawai tanpa tauliah yang berpangkat lans kopral hingga pengawai waran 1) sistem ini dapat membantu tugas-tugas pegawai menyelaras aktiviti, menyampaikan berita, arahan malah melaksanakan aktiviti serta latihan dengan lebih berkesan.

SEKSYEN
Dalam kegiatan KRS, setiap 12 orang anggota dikelompokkan dalam satu kumpulan kecil yang dipanggil seksyen. setiap seksyen dikendalikan oleh seorang Kopral dan dibantu oleh seorang Lans Kopral atau anggota yang paling kanan. Bagi memudahkan serta menyemarakkan minat anggota, jurulatih boleh mengadakan pertandingan pengurusan seksyen terbaik yang merangkumi pentadbiran seksyen, buku log seksyen terbaik, pertandingan kemahiran antara seksyen dan sebagainya. Ketua seksyen juga diamanahkan menandakan kedatang anggota seksyen, membuat kutipan yuran jika perlu serta menyampaikan arahan-arahan atau melatih anggota-anggota seksyen.


PLATUN
Setiap 3 seksyen akan membentuk satu platun. Ini bermakna platun KRS akan mengandungi 36 orang anggota. setiap platun pula akan diketuai oleh seorang Sarjan atau Staf Sarjan. Sarjan atau Staf Sarjan akan mengawasi tatatertib platun, mengendalikan pentadbiran platun, menandakan kehadiran anggota, membantu pegawai menjalankan latihan dan sebagainya. Ketua Platun adalah orang kanan kepada komander platun. Segala maklumat seharusnya disampaikan atau diterima oleh ketua platun terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada komander seksyen  dan anggota yang lain. Pegawai yang mengendalikan platun dikenali dengan panggilan Komander Platun dan berpangkat Leftenan Muda atau Leftenan.

KOMPENI
Setiap kompeni pula mengandungi 4 platun yang terdiri dari 4 orang Komander Platun, 4 orang Ketua Platun, 12 orang Ketua seksyen dan 12 orang Penolong ketua seksyen.Kekuatan penuh kompeni adalah 152 orang. Kompeni akan diketuai oleh seorang Pegawai Memerintah Kompeni yang berpangkat kapten atau leftenan. Dibantu oleh seorang Ejutan yang berpangkat Leftenan dan Ketua Kompeni berpangkat Pegawai Waran 11 atau Pegawai Waran 1. Ketua Kompeni akan mengawasi disiplin anggota kompeni atau dalam erti kata lain sebagai Pegawai tatatertib kompeni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...