Saturday, August 20, 2011

PERKHEMAHAN KRS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK / VOKASIONAL ZON SELATAN 2011

SM Vokasional Juasseh telah terpilih mengelolakan perkhemahan KRS bagi Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Zon Selatan. Menurut Mejar KRS Fazrul Kamat, penyelaras program dan juga Pegawai Turus KRS Negeri Sembilan, program tersebut akan diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sembilan, Sungai Jelutung Batu Kikir.

Dijangka seramai 900 orang pegawai dan anggota akan berkampung untuk menjayakan program kali kedua ini. Antara aktiviti yang telah dikenal pasti adalah Ikhtiar Hidup, Inovasi gejet, Kebudayaan 1 Malaysia, Kayak, Orienteering, Jelejah Desa dan Masakan Medan.

Seramai 30 jurulatih KRS Negeri Sembilan dan Jurulatih dari Pusat Kokurikulum akan bergabung tenaga untuk menjayakan program ini. Bagi jurulatih KRS Negeri Sembilan yang berminat untuk menyumbangkan tenaga sila berhubung dengan KJ N9.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...