Saturday, August 20, 2011

PERKHEMAHAN KRS SEKOLAH BERASRAMA PENUH KALI KETIGA 2011

KRS Negeri Sembilan sekali lagi akan bergabung tenaga dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah untuk mengelolakan perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga/2011.

Pegawai Turus dan Ketua Jurulatih yang menghadiri mesyuarat penyelaras kali pertama di SM Sains Tuanku Jaafar bersama dengan pihak kementerian pendidikan telah mengalurkan beberapa aktiviti yang diharap akan menjadi penanda aras bagi pengelolaan bagi tahun-tahun akan datang.

Mejar (KRS) Istika Dolah, Pegawai istiadat KRS Negeri yang juga merupakan guru SMS Tuanku Jaafar telah menyenaraikan beberapa aktiviti menarik dengan bantuan JK Teknikal KRS Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah:


Pertandingan Antara Sekolah

Pertandingan Ikhtiar Hidup

Pertandingan Inovasi Gejet

Pertandingan Pertolongan cemas

Pertandingan Orienteering


Pertandingan Peringkat Platun Integrasi

Pertandingan Jelajah Desa

Pertandingan Kebudayaan 1 Malaysia

Pertandingan Masakan Medan

Pertandingan Kraf Perkhemahan


Program tersebut akan berlangsung selama 4 hari 3 malam akan dirasmikan pembukaannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis tersebut akan diadakan di Allson Klana Fesort manakala Majlis Perasmian Penutupan akan dilakukan oleh Pengarah Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi pihak KRS N9, kami merakamkan selamat datang kepada 60 buah sekolah yang terlibat dan selamat berkhemah dan menjalani ujian kenaikan pangkat bagi pegawai dan anggota yang akan turut diadakan di dalam perkhemahan peringkat kebangsaan ini. Maklumat lanjut- sila berhubung dengan Ketua Jurulatih KRS N9- Mejar KRS Norzaman Abu Hassan di alamat e-mail : krsnsembilan@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...