Wednesday, June 16, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10

1. PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG

1.1 Perkhemahan Perdana Peringkat Kebangsaan merupakan aktiviti tahunan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Perkhemahan Perdana Peringkat Kebangsaan ini telah bermula sejak tahun 1999. Pada tahun 2010 ini, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah Perkhemahan tersebut.

1.2 Perkhemahan, sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri, aktiviti yang dijalankan akan memberikan tumpuan secara khusus kepada kurikulum KRS. Walau bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri anggota ketika mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti jalan lasak, orienteering dan reka cipta.
1.3 Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, penilaian akan dibuat secara menyeluruh berkenaan kemajuan dan keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan dalam melaksanakan aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan KRS di peringkat sekolah, daerah, negeri serta kebangsaan semenjak penubuhannya.

2. RASIONAL
2.1 Perkhemahan tahunan KRS patut diadakan setiap tahun keranan merupakan acara kemuncak ahli KRS di seluruh Negara.
2.2 Di cadangkan tema tahun 2010 ialah “ KRS BERSATU BERGERAK MAJU”.

3. OBJEKTIF

3.1 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli KRS tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
3.2 Untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli KRS tentang perkembangan terkini kemajuan dunia.
3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

3.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional antara kaum, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

4. PELAKSANAAN

4.1 TARIKH

28 Jun 2010 hingga 2 Julai 2010
5. LOKASI PERKHEMAHAN
Pusat Latihan Unit Berunifom, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Kem RImba Ilmu, Kg. Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri sembilan Darul Khusus
6. AKTIVITI
a. Pertandingan- Kawat Kaki, Bantu Mula, Orienteering, Reka Cipta Gejet, Kraf Perkhemahan
b. Integrasi - Masakan Tradisional, Permainan Tradisional, Komunikasi (Radio Amatur), Ikatan & Simpulan
c. Aktiviti Luar- Kembara Desa, Rempuh Halangan Minda, Lawatan, KRS Masuk Desa
d. Ceramah, Forum Perdana, Kebudayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...