Thursday, June 17, 2010

Latihan Pusat Kontinjen KRS Negeri Sembilan


Latihan Pusat bagi membentuk Kontinjen KRS Negeri Sembilan ke Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Kali Ke-10 akan bermula pada 24 Jun 2010. Setiap untuk sekolah diarahkan menghantar 2 orang pelajar sama ada dari Tingkatan 4 atau 5 dilatih dan disaring bagi membentuk dua platun di dalam Kontinjen Negeri Sembilan.


Latihan Pusat akan bermula pada 24 Jun 2010 dan tamat pada 27 Jun 2010. Pelajar yang terpilih akan meneruskan perkhemahan sehingga 2 Julai 2010 manakala yang tidak terpilih akan dibenarkan kembali ke fomasi masing-masing.


Justru itu, pelajar yang mewakili sekolah dikehendaki bersedia dari segi keperluan peribadi yang mencukupi, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi bagi memastikan mereka terpilih dan diberikan penghormatan mewakili Negeri Sembilan.


Pelajar akan didedahkan dengan semua aspek yang terdapat di dalam perkhemahan seperti Kawat Kaki, Bantu Mula, Orienteering dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...