Showing posts with label simpulan. Show all posts
Showing posts with label simpulan. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Menghasilkan Nota tentang Simpulan Dalam Buku Log

Menghasilkan nota tentang simpulan dalam Buku Log sebaiknya dilakukan dengan cara amali. Selain kita menyediakan satu bentuk nota kita juga dapat belajar menghasilkan simpulan itu sendiri. Saya mencadangkan agar anggota KRS menyediakan seutas wayar. Biasanya jenis hitam merah yang mudah didapati dan senang dibentuk. Kenapa wayar? Wayar halus begini senang untuk dibentuk dan kesan yang dihasilkan mudah untuk dilihat.

Hasilkan simpulan yang dikehndaki dalam skala yang kecil kemudian tampal samada dengan tape atau gam yang sesuai dalam Buku Log anda kemudian labelkan mengikut langkah. Jangan buat simpulan secara terus tetapi langkah demi langkah. Manalah tahu suatu hari nanti anda terlupa cara menghasilkannya. Buku Log anda boleh dijadikan rujukan.
Lihat gambar di atas bagaimana simpulan dihasilkan dari satu peringkat ke saru peringkat


zmn/kjn9



Wednesday, November 16, 2011

CD BAHAN LATIHAN KRS VOLUME 2

Akan terbit cd bahan latihan KRS Volume. Menumpukan kepada tajuk-tajuk:

Simpulan & Ikatan
Lebih banyak simpulan & Ikatan sebagai pengetahuan umum
Pengenalan kepada penjagaan tali, terminologi tali
Kaedah Lashing, Whipping

Pertolongan Cemas
Rawatan keracunan
Rawatan kebakaran
Rawatan pendarahan
Kaedah pemindahan mangsa

Gejet
Pelbagai bentuk gejet  dan projek penerokaan

Komunikasi
Kod Morse, Kod Semaphore, Isyarat Hutan, Isyarat tangan

Nota untuk kenaikan pangkat
Buku Hadis 40
Nota-nota Tentang ketatanegaraan
Nota-nota tentang Sirah nabi, Sirah sahabat
dan pelbagai tajuk bahan sokongan dalam bentuk format PDF

hubungi KJ Negeri sembilan untuk keterangan lanjut
di krsnsembilan@gmail.com 
atau SMS
CD KRS ke 0136641620


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...