Sejak sekian lama, KRS dan TKRS menjadi salah satu badan uniform milik KPM. Dari bertatih hingga kini melayang terbang mengitari alam luas dunia pendidikan. Meletakkan nama sebaris nama badan uniform milik Ni pGO dan GO yang lain. Kepelbagaian aktiviti yang dijanjikan menarik minat ramai pelajar menjadi anggota. Namun persoalan utamanya, semakin ramai pelajar yang menjadi anggota KRS dan TKRs, tetapi jumlah jurulatih semakin berkurangan.
Jika ditinjau, jurulatih KRS dan TKRS yang dilahirkan oleh IPG seluruh Malaysia mencapai ratusan orang. Namun apabila tiba di sekolah, menggelak untuk menjadi penasihat atau jurulatih. malah menafikan pernah mendapat latihan KRS dan TKRS. Di Peringkat negeri pula, jurulatih sentiasa ditambah tahun demi tahun. Namun kekurangan tetap berlaku. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan.
Terdapat guru yang berminat namun kurang diberi peluang.Terdapat guru ayang benar-benar mahu menjadi jurulatih malah mengorbankan segalanya untuk kepentingan KRS/TKRS, tidak mendapat tempat sewajarnya. Yang tidak mempunyai kemahiran menjadikan alasan iebagai satu jalan keluar. namun yang paling sedih, kebanyakan jurulatih hanya mempunyai pengetahuan asas yang kadang kala menyukarkan sewaktu latihan dibuat. Sewaktu perkhemahan berlangsung.
Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan KRS/TKRS. Jangan terlalu sibuk merangka modul tetapi tidak mempunyai ilmu mengisi modul. KRS/TKRS harus digerakkan bagi memenuhi hasrat KPM menjadi institusi yang terbaik di dunia.
Selamat Berjuang