Thursday, November 3, 2011

PESERTA PERKHEMAHAN KRS SBP PERINGKAT KEBANGSAAN

Selamat datang ke Negeri Sembilan. JK Teknikal dan Perhubungan KRS N9 merakamkan ucapan tahniah dan dengan penuh rendah hati menyambut semua peserta yang bakal hadir ke perkhemahan anjuran KPM ini.

Suka dimaklumkan bahawa cuaca di N9 tidak menentu. Hujan kerap turun pada waktu petang. Justru itu semua peserta dinasihatkan:

  • membawa bekalan baju tambahan (sebaiknya baju tersebut dimasukkan ke dalam plastik secara berasingan sebelum disimpan ke dalam beg anda)
  • membawa bekalan baju hujan, kasut
  • bersedia dengan mental dan fizikal kerana jika hujan turun tidak berhenti, anda terpaksa melakukan aktiviti dalam hujan (bergantung kepada keadaan hujan)
  • bersedia dengan bahan-bahan untuk ujian kenaikan pangkat- ujian kenaikan pangkat Lans Kopral, Kopral, Sarjan dan Staf sarjan akan dilaksanakan
  • dinasihatkan tiba awal ke kem rimba ilmu untuk menggelakkan anda  akan mengejar masa untuk terlibat dengan aktiviti pertama
  • hadir dengan seluar no 4, t  shirt rasmi KRS. Unifom tidak perlu dipakai sewaktu pendaftaran
Apapun, kami di N9 mengucapkan "SELAMAT DATANG"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...