Sunday, November 13, 2011

PERKHEMAHAN KRS SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Akhirnya perkhemahan KRS SBP selamat dilangsungkan dengan penyertaan seramai 237 anggota KRS, 49 orang pegawai KRS dan 19 orang Jurulatih KRS Negeri Sembilan. Biarpun hujan melanda pada hari ketiga dan berlanjutan hingga ke malam, namun aktiviti tetap dilaksanakan.

Pihak KRS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Sains Tuanku Jaafar dan Pihak SBP, Kementerian Pelajaran Malaysia yang mmeberikan kepercayaan kepada KRS N9 melaksanakan dan mengendalikan latihan dan aktiviti. Tidak lupa juga kepada Mejar (KRS) Istika Dollah yang menjadi penggerak utama program. Biarpun akan bertugas di tempat yang baru, harapan KRS N9 agar hubungan silaturrahim antara KPRS N9 dengan beliau.

Kepada pegawai yang berjaya dalam pentauliahan Leftenan Muda dan Leftenan KRS, pihak KRS merakamkan ucapan tahniah. Terima kasih juga kepada Jurulatih KRS N9 yang amat berdedikasi melaksanakan tugas, biarpun hingga lewat malam, Penyelia KEMRI yang tidak pernah penat membantu memudahkan tugas serta QM yang tak mengenal erti letih.

Semoga apa yang diberikan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...