Thursday, June 30, 2011

Sesuatu Yang harus difikir bersama

Tahniah kepada Sekretariat KRS Pulau Pinang kerana menjayakan Perkhemahan KRS peringkat Kebangsaan yang menarik, mencabar dan terdapat beberapa pendekatan yang boleh diguna pakai oleh penganjur yang lain.
Cuma yang agak membuat saya terkilan sewaktu penganugerahan khas untuk penggiat KRS. Terlalu ringkas. Tiada penerangan lanjut apakah jasa bakti mereka. Malah, jasa mereka kurang ditonjolkan. Sebaiknya mereka di perkenalkan dengan lebih lanjut bukan sekadar meninggalkan tandatanya pada pelajar. Malah guru-gurupun ada yang tertanya-tanya.

Jika Lord Baden Powell diagung-agungkan oleh seluruh ahli pengakap mengapa anak watan seperti aruah ustaz Thani sukar untuk diketengahkan namanya. Sepatutnya sejarah hidup beliau dijadikan sukatan dalam KRS dan TKRS. Jika kita semak dalam buku panduan KRS, hanya dua kali nama aruah diketengahkan dalam buku panduan.

Kita melaksanakan impian aruah namun kita tidak meletakkan aruah pada tempat yang sepatutnya. Begitu juga dengan rakan-rakan penggiat KRS yang telah bermula sejak tahun tahun awal penubuhan. Dilupakan. Malah diketepikan. Sewaktu perkhemahan tempohari, hanya beberapa kerat muka lama yang dapat dilihat. Ke manakah mereka menghilang? Merajuk, membawa diri atau tidak pernah diingati????

Apapun, kita adalah penggiat KRS masa kini, maka tugas kita meletakkan KRS pada tempatnya. Setanding dengan gelarannya selaku anak emas KPM namun nilainya lebih rendah dari harga suasa- KJ Negeri Sembilan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...